Thursday, August 26, 2010

PROGRAM ADAPTASI DIRI

Melihat kepada tuntutan fenomena semasa bagi murid-murid kelas Peralihan 2010 , Unit Bimbingan Dan Kaunseling terpanggil untuk melaksanakan Program Adaptasi Diri sebagai satu inisiatif yang bermanfaat bagi melahirkan satu situasi yang kongruen dan serasi antara satu sama lain dalam kalangan kelompok sasaran seterusnya mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu .
Rasional program ini adalah untuk memberi ruang kepada kelompok sasaran mengenali dan menghormati satu sama lain. Objektif program ini adalah kumpulan sasaran dapat mengenali budaya dan cara hidup rakan-rakan,berkomunikasi secara lebih berkesan serta menghormati dan menghargai rakan sebaya. Sasaran pelajar adalah seperti berikut:
Murid kelas Peralihan 2010 ( 32 orang )
Murid –murid lain yang dipilih ( 10 orang )
Diharapkan supaya program ini dapat mencapai objektifnya dan mendapat kerjasama semua guru .