Wednesday, August 25, 2010

PIAGAM PELANGGAN UBK SMK SUBANG

  1. Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.
  2. Menerima klien tanpa syarat dan prejudis.
  3. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesionalisme.
  4. Berusaha melindungi identiti klien berdasarkan Kod Etika Kerahsiaan tertakluk kepada persetujuan klien.
  5. Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hinggan 60  minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.
  6. Menepati temujanji bersama klien dengan memberi khidmat yang sesuai dalam tempoh 48 jam.
  7. Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera bagi klien yang memerlukan kaunseling krisis.
  8. Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan persetujuan klien atas dasar limitasi keupayaan GBK.
  9. Memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada klien dengan penuh jujur, ikhlas dan beretika.
  10. Membangunkan potensi individu sebagai model insan yang mampu menyumbang kepada negara.