Thursday, August 26, 2010

HARI INFORMASI KERJAYA DAERAH PETALING PERDANA

Hari Informasi Kerjaya Daerah Petaling Perdana telah diadakan pada 29 Julai 2010 di Dewan Serbaguna MPSJ Puchong Indah, Puchong. Seramai 31 pelajar Tingkatan 5 ICT & 5 VT 1 telah dipilih untuk mengikuti program ini.Antara objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kursus-kursus yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA & IPTS) yang terdapat di Malaysia, memberi peluang kepada para pelajar bagi mendapatkan maklumat awal berkaitan kerjaya yang mereka minat melalui pameran yang diadakan dan membantu pelajar mendapatkan maklumat berkaitan pembiayaan pendidikan yang ditawarkan oleh pihak kolej.