Thursday, August 26, 2010

KEM VETRI PADIGAL

Kem Vetri Padigal telah diadakan pada 13 Ogos 2010 di dewan Ibnu Sina, SMK Subang. Seramai 125 orang pelajar India sesi pagi dan petang telah menyertai program ini. Antara objektif program ini adalah untuk mencetuskan kesedaran kepada para peserta untuk berubah ke arah yang lebih positif, menyedarkan peserta tentang potensi diri dan mampu memaksimumkan ia untuk kebaikan diri, keluarga dan masyarakat sera membentuk jati diri bahawa masih ada ruang untuk mengubah diri ke arah kebaikan.